perkhidmatan kaunseling profesional (TANC) bersama membantu anda

Pengenalan Firma TANC
TAZKIYAH AN NAFS CONSULTANT (TaNC) merupakan sebuah badan konsultasi profesional yang menawarkan perkhidmatan kaunseling pakar seperti isu perkahwinan dan kekeluargaan, isu kesihatan mental, minat kerjaya, isu remaja, ketagihan, pembelajaran, pembangunan motivasi diri, personaliti dan LGBT dengan pendekatan kaunseling konvensional dan islamik.
TAZKIYAH AN NAFS CONSULTANT (TaNC) mempunyai dua tumpuan utama iaitu Pusat Perkhidmatan (Pakar) Kaunseling Profesional TANC dan Akademi Latihan TANC. Pusat Perkhidmatan (Pakar) Kaunseling Profesional TANC terdiri daripada Kaunselor-Kaunselor Berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia. Manakala dibawah Akademi Latihan TANC ahli-ahli adalah dari pelbagai bidang pendidikan seperti ceramah dan program.
TAZKIYAH AN NAFS CONSULTANT (TaNC) mempunyai Penaung yang dilantik iaitu Profesor Emeritus Dato’ Dr. Amir bin Awang K.B.; P.A. dan CEO adalah YBrs. Dr. Mohd Zaharen bin Md Zahir K.B.:P.A. Dibawah kendalian firma ini juga mempunyai Panel rujukan pakar iaitu Prof. Madya Dr. Salasiah Hanin Hamjah dan YBrs. Dr. Hj Md Noor Saper pakar dalam bidang Tazkiyah Al-Nafs di Malaysia.
Misi
Menjadikan FIRMA TAZKIYAH AN NAFS sebagai Pusat Perkhidmatan (Pakar) Kaunseling Profesional dan Latihan Kaunseling bertaraf antarabangsa untuk kesejahteraan insan dan masyarakat, dunia dan akhirat, melalui kaunseling intergratif.
Visi
Menyedia dan menawarkan perkhidmatan kaunseling dari Kaunselor Panel TANC dan Pembekal Latihan Kaunselor Berdaftar yang berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia yang memberikan latihan kaunseling profesional dan kerohanian yang holistik bagi menjadikan insan sejahtera di dunia dan di akhirat.
Objektif
Untuk melahirkan insan berbagai peringkat perkembagan yang sejahtera di dunia dan di akhirat melalui intervensi kaunseling integratif dan konvensional-Islam melalui stretegi:
- Penubuhan Pusat Perkhidmatan (Pakar) Kaunseling TANC.
- Penubuhan Akademi Latihan TANC.
- Menubuhkan Fakulti / Sekolah Pengajian Bidang Kaunseling Tazkiyah An Nafs
- Membangunkan Teori Kaunseling Islam Pertama di Dunia.
Sejarah Penubuhan
Tazkiyah An-Nafs Consultant
Sejak 2019
Firma Tazkiyah An Nafs Consultant ditubuhkan pada 26 Oktober 2019. Firma ini memiliki visi, misi, dan wawasan yang jelas berhubung dengan perkhidmatan kaunseling yang diberikannya. Kebanyakan kakitangan firma ini terdiri daripada Kaunselor Berdaftar dan juga mereka yang berlatar belakang pengajian Islam.
Profesor Emeritus Dato’ Dr. Amir bin Awang KB,
PA telah dijemput untuk menjadi Penaung dan
Penasihat Firma Tazkiyah An Nafs Consultant untuk membantu dan menasihati Firma. Beliau dilantik pada 12 Oktober 2020.
YBrs Dr. Mohd Zaharen bin Md Zahir KB, PA pula merupakan Pengasas dan CEO Firma Tazkiyah An Nafs Consultant. Beliau berpengalaman hampir 20 tahun dalam bidang kerjayanya sebagai Pegawai Kesihatan Persekitaran dan Pengajar ILKKM, Kaunselor Berdaftar dan Ahli Psikologi. Beliau telah menghasilkan Modul Integrasi REBT-Tazkiyah An-Nafs hasil daripada sesi kaunseling bersama pelajar-pelajar tahfiz di Darul Quran, JAKIM
Modul Integrasi REBT-Tazkiyah An-Nafs merupakan Modul Kaunseling Tahfiz pertama di Malaysia. Ia telah mendapat pengiktirafan Gold
Medal Innovation PERKAMA International Tahun 2019. Dengan kejayaan inilah tercetus idea untuk menubuhkan Tazkiyah An Nafs Consultant pada 26 Oktober 2019. Dalam kesibukan memikirkan penubuhan Firma ini, sekali lagi modul ini telah berjaya memenangi Gold Award sebagai Inovasi Kaunseling Islam Antarabangsa. pada 11 Mac 2020 di Persidangan Kaunseling Islam Antarabangsa
Tahun 2020.
Berkat kerjasama berbagai pihak, Firma Tazkiyah An Nafs Consultant telah berkembang di Kelantan, Kedah dan Perak. Cawangan Kelantan telah ditubuhkan pada 15 Mac 2020 dengan keanggotaan seramai lima orang pada masa itu. Pengurus Eksekutif Firma TANC Cawangan Kelantan yang pertama ialah kaunselor berdaftar Siti Nazirah binti Jaafar. Pada 1 Disember 2020, jawatan Pengurus Eksekutif TANC Kelantan telah bertukar tangan kepada Ustazah Najat binti Mat Nor.
Firma Tazkiyah An Nafs Consultant Cawangan Kedah pula telah ditubuhkan pada 02 Ogos 2020 dengan keanggotaan seramai tiga orang pada masa itu. Pengurus Eksekutif Firma TANC Cawangan Kedah ialah kaunselor berdaftar Nurul Juhida binti Ahmad.
Firma Tazkiyah An Nafs Consultant Cawangan Perak ditubuhkan pada 07 November 2020 dengan keanggotaan seramai empat orang. Pengurus Eksekutif Firma TANC Cawangan Perak ialah kaunselor berdaftar Siti Nur Nadiah binti Mat Pandi.
Pada 30 Julai 2021, dengan gabungan bersama ketiga-tiga cawangan negeri tersebut maka tertubuhnya Pusat Perkhidmatan Kaunseling TANC Malaysia dan Akademi Latihan TANC Malaysia yang telah dirasmikan oleh Penaung Firma Tazkiyah An Nafs Consultant iaitu Profesor
Emeritus Dato’ Dr. Amir bin Awang KB, PA selaku Ahli Lembaga Kaunselor Malaysia di Seminar Kaunseling Tazkiyah An Nafs Dalam Norma Baharu 2.0.
Visi Firma Tazkiyah An Nafs Consultant adalah menjadi sebuah akademi latihan yang ulung yang dapat memberi latihan-latihan tambahan kepada para kaunselor berdaftar, pegawai psikologi, ahli-ahli AKRAB dan rakyat Malaysia yang berminat di dalam bidang kaunseling. Dengan bantuan pakar-pakar yang terkemuka di Malaysia Firma ini berharap akan dapat menyediakan perkhidmatan Klinik Pakar Kaunseling Tazkiyah An Nafs, bukan sahaja di seluruh Malaysia bahkan di rantau ASEAN.
Matlamat Kami

TAZKIYAH AN NAFS CONSULTANT (TANC) lebih tertumpu kepada menjalankan perkhidmatan sesi kaunseling individu, kaunseling kelompok, ujian inventori psikologi, dan terapi psiko-spiritual bagi menolong masyarakat mencapai kesejahteraan hidup, dunia dan akhirat serta menghindari pelbagai isu psikososial dan moral. Antara cabaran yang sedang dihadapi di Malaysia adalah kurang keyakinan diri, kurang motivasi diri, kurang jati diri sehingga ada juga keinginan untuk membunuh diri, tekanan perasaan, perceraian, kes buli, masalah pelajaran, kesihatan mental dan lain-lain. Perkhidmatan lain yang disediakan oleh Akademi Latihan merangkumi penganjuran kursus, latihan kemahiran kaunseling, ceramah, seminar dan penyelidikan serta Perkhidmatan Perundingan Kaunseling Profesional (Professional Counselling Consultancy Services).
Maka, FIRMA TAZKIYAH AN NAFS CONSULTANT (TaNC) telah mengambil inisiatif dengan menghasilkan modal insan yang mampan sejajar dengan kehendak Dasar Kaunseling Negara bagi membangunkan kesejahteraan masyarakat melalui perkhidmatan Kaunseling Profesional. Tujuan utama perkhidmatan kaunseling profesional ini diperkenalkan adalah untuk mensejahterakan kehidupan masyarakat serta melatih Kaunselor, Psikologis, Ahli AKRAB, pasangan, rumah tangga malah setiap individu dan organisasi yang amat memerlukanya. Disamping ianya sebagai intervensi psikologi yang mengariskan pencegahan, pemulihan dan perkembangan sebagai modal insan negara yang berkualiti.
PERKHIDMATAN KAUNSELING PROFESIONAL TANC (003036597-V)
(Klinik Kaunseling dan Psikologi Dr. Mohd Zaharen)
No. Pendaftaran: KB05563; PA04903)