JIWA TENANG DENGAN ZIKIR

Antara sifat yang dapat membantu seseorang dalam mendidik rohani dan jasmaninya agar mampu menanggung tribulasi dalam kehidupan seperti tekanan dan pelbagai tribulasi seharian ialah dengan mengamalkan zikrullah (mengingati Allah).
Sebagai manusia terutamanya manusia Muslim kita digalakkan untuk sentiasa berhubung dengan Allah dan mengingatinya dalam setiap waktu dan keadaan dengan berzikir, kerana zikir tersebut ibarat bahan bakar yang dapat menggerak dan mendorong untuk terus maju ke depan mengharungi halangan dalam kehidupan seharian.
Zikir adalah satu terapi yang amat diperlukan kerana zikir dapat menenangkan hati manusia dengan memestikan agar hati dan lidah tidak berhenti dari mengingati Allah dalam setiap detik.
Persoalannya, bagaimanakah cara untuk menjadikan teknik zikir sebagai satu teknik terapi yang dapat membantu menenangkan hati dan fikiran secara spiritual secara efektif? Adakah teknik terapi zikir ini berkesan dan efektif untuk membantu masalah hati seperti tekanan dan sifat amarah?
Semua ini bakal dikupas dalam ceramah bersama Encik Mohd Zakry bin Bakar dalam ceramahnya yang bertajuk JIWA TENANG DENGAN ZIKIR
Berminat? Boleh berdaftar di link di bawah:
http://www.wasap.my/60194161826/
http://www.wasap.my/601110920855/
Jumpa anda di sana!!!