CERAMAH TERAPI KISAH AL-QURAN DAN RAWATAN JIWA

Terapi Al Qur’an boleh di dapati melalui 5 bentuk :
1. Pendengaran
2. Pembacaan
3. Pemahaman
4. Pengamalan
5. Pembelajaran
Terapi Al Quran dapat merawat jiwa manusia melalui pemahaman atau maksud utama yang ada dalam setiap surah di dalam Al Quran . Ini kerana setiap surah ada maksud utama yang Allah ingin sampaikan kepada kita. Setiap surah yang Allah berikan pada kita mengandungi banyak penawar dan kisah yang dapat kita renungkan bersama agar keimanan yang ada pada setiap orang yang beriman akan terus meningkat dan yakin bahawa Allah sebaik-baik tempat kembali.