KRISIS RUMAH TANGGA DALAM PENDEKATAN KAUNSLEING

  • Matlamat utama Syariat Islam ialah untuk membangunkan masyarakat manusia secara keseluruhannya ke arah yang lebih baik di dunia dan di akhirat. Menurut Syariat Islam, perkahwinan bukanlah merupakan penyatuan sementara sahaja tetapi ia bermaksud ikatan untuk sepanjang hayat (Khurshid Ahmad, 2018).                                                                                                                                                  
  • Rashid & Najihah, 2023 mentakrifkan krisis rumah tangga sebagai keadaan tidak tenteram atau tidak stabil yang berlaku di dalam sesebuah rumah tangga akibat dari faktor-faktor tertentu yang akhirnya boleh membawa kepada masalah penderaan, keganasan dan akhirnya berlaku perceraian. Krisis biasanya dimanifestasikan sebagai pergaduhan, kemarahan, kekerasan, atau kebencian                                 
  • Secara prinsipnya Islam mempunyai undang-undang perlembagaan yang mantap dan kukuh mengatasi lain-lain perlembagaan di dunia ini kerana ianya datang daripada Allah S.W.T dan bukannya daripada tangan manusia. Berdasarkan huraian di atas juga dapat dirumuskan bahawa pasangan yang ingin memasuki gerbang perkahwinan amat digalakkan untuk membuat persiapan dari segi mental dan fizikal dengan harapan apabila tiba masa menjadi suami isteri, dapat menyelesaikan krisis atau isu-isu dalam rumah tangga dengan bijaksana. Islam menghalalkan talak, walaupun suami isteri mempunyai hak untuk melepaskan diri dari ikatan perkahwinan, sebaiknya jalan damai dilakukan bagi mengingat buah hati pengarang jantung hasil dari perkahwinan masih memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa tercinta. Jika tiada jalan penyelesaian, sebaiknya pasangan berpisah dengan mengikut undang-undang yang telah ditetapkan oleh syarak bagi menjamin kesahihan perceraian tersebut.                                                                                                                    

Share this post with your friends

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *