ASAS SAINS FORENSIK DALAM PERSPEKTIF ISLAM

  • HULUAN Islam agama yang syumul iaitu meliputi segenap aspek kehidupan. Akal fikiran yang dianugerahkan oleh Allah pula mampu memandu manusia menelusuri jalan kehidupan dengan pelbagai kemudahan teknologi. Kemodenan teknologi dalam pelbagai bidang terutamanya sains membantu manusia dalam mencapai nilai hidup yang lebih berkualiti. Sains forensik yang diaplikasikan ke dalam bidang pembuktian jenayah memberi nafas baru kepada sistem kehakiman, samada sivil atau syari’ah. Apa yang menarik adalah jika diteliti dari al-Qur’an, hadis dan juga sejarah Islam, prinsip-prinsip yang digunakan sains forensik adalah sejajar dengan kes-kes yang pernah berlaku dalam sejarah Islam. Perbezaannya adalah dari sudut kemodenan teknologi, instrumen yang digunakan serta hasil dapatan dari analisis.                                                                                                                                              
  • Perbezaan antara 3 prinsip ini dari sudut agama Islam dan ilmu forensik sains
    1) Prinsip asas sains forensik
    2) Kaedah Pensabitan (Wasail al-Ithbat fi al-Shari’ah al-Islamiyyah)
    3) Maqasid al-‘Uqubat                                                                                                         
  • Prinsip asas sains forensik lazimnya hanya diaplikasikan secara terus di dalam bidang penyiasatan. Prinsip asas ini masih lagi relevan untuk digunakan pada masa kini. Kajian berhasrat meneliti prinsip asas sains forensik dari perspektif Islam. Objektif ceramah adalah untuk mengenalpasti aplikasi prinsip sains forensik dalam kes-kes yang diriwayatkan dalam sumber-sumber primer berkaitan kes melibatkan undang-undang dalam Islam, menghuraikan persamaan yang terdapat dalam aplikasi prinsip tersebut dengan kes-kes dalam sejarah Islam serta menghuraikan perkaitan prinsip-prinsip tersebut dengan undang-undang Islam. Kajian menggunakan metodologi pengumpulan data secara dokumentasi dan data dianalisis secara historis, induktif dan deduktif. Hasil dapatan kajian adalah, prinsip asas forensik selari dengan kes-kes yang direkodkankan dalam sejarah Islam, dan ia mempunyai nilai yang tinggi menurut perspektif fiqh dan prinsip asas sains forensik mampu membantu dalam merealisasi maqāsid al-Shari’ah sebagai mukammilat dalam pensyariatan uqubat. Syor kajian ialah skop sains forensik perlu diterjemah dengan bidang yang lebih luas dari amalan sekarang.                                                                                                                   

Share this post with your friends

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *